Selamat Datang ke Sistem Permohonan Permit Mengangkut Tembakau LKTN.
 Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Akta 692), Kawalan Pergerakan Tembakau Diawet (Seksyen 52. (1) & (2))
(1) Tiada seorang pun boleh memindahkan, membawa, mengangkut atau mengambil bahagian dalam pemindahan, pembawaan atau pengangkutan tembakau diawet melainkan jika dia telah mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
 
 Siapakah yang layak memohon permit ini?
    
Mana-mana syarikat yang telah dilesenkan di bawah Peraturan – Peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011 seperti di bawah layak untuk memohon permit ini
1) Lesen Mengawet Tembakau
2) Lesen Membeli Tembakau Diawet
3) Lesen Mengilang Tembakau atau Keluaran Tembakau
4) Lesen Mengadun Tembakau