Soalan Lazim (FAQ)

PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Peraturan-Peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011 digubal bagi mengawal selia aktviti berkaitan industri tembakau (tembakau dan keluaran tembakau) melalui pelesenan di bawah seksyen 39, Akta LKTN 2009 dan telah diwartakan pada 22 Jun 2011.

Pelaksanaan penguatkuasaan Peraturan Pelesenan ini akan bermula sebagaimana berikut;
Fasa 1 — Pelaksanaan kempen kesedaran dan hebahan serta penguatkuasaan pelesenan bagi aktiviti mengawet tembakau, membeli tembakau diawet, mengilang tembakau atau keluaran tembakau dan mengadun tembakau mulai 1 Januari 2022;
Fasa 2 — Pelesenan pengedaran tembakau atau keluaran tembakau tanpa bayaran fi mulai 1 Januari 2023; dan
Fasa 3 — Penguatkuasaan sepenuhnya dengan bayaran fi mulai 1 Januari 2024. Dalam fasa 3, aktiviti pelesenan serta penguatkuasaan sepenuhnya akan dikuatkuasakan melibatkan pengedaran tembakau dan keluaran tembakau dengan kadar fi maksima sebanyak RM150 setahun.

Pelaksanaan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (Pelesenan Tembakau Dan Keluaran Tembakau) 2011 telah ditangguhkan secara pentadbiran kerana terdapat beberapa isu yang perlu diselaraskan di antara LKTN dengan kementerian, agensi penguatkuasaan yang lain dan juga pihak-pihak yang berkepentingan dalam industri tembakau (tembakau dan keluaran tembakau).

Individu atau syarikat yang menjalankan atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berikut;
i. Mengawet tembakau;
ii. Membeli tembakau diawet;
iii. Mengilang tembakau;
iv. mengadun tembakau; dan
v. Mengedar tembakau dan keluaran tembakau.

Berdasarkan seksyen 39(4) Akta LKTN syarikat yang telah memperolehi lesen mengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [ Akta 156 ] tidak memerlukan lesen Mengilang Tembakau atau Keluaran Tembakau) dari LKTN.

“tembakau diawet” ertinya tembakau yang telah melalui suatu proses yang melaluinya daun-daun tembakau atau bahagian-bahagian lain pokok tembakau dikeringkan bagi maksud pemeliharaan dan pematangan, dan termasuk proses pengawetan pemanas, pengawetan udara, pengawetan api dan pengawetan matahari;

“keluaran tembakau” ertinya rokok atau cerut atau apa-apa bentuk keluaran yang berasal daripada tembakau termasuk apa-apa campuran yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia tetapi tidak termasuk apa-apa keluaran perubatan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] atau Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 [P.U. (A) 223/1984]

Aktiviti mengedar tembakau dan keluaran tembakau meliputi;
i. Mengalih
ii.Mengangkut
iii.Memindahkan
iv.Menghantar
v.Menyampaikan
vi.Membekalkan
vii.Membawa; atau
viii.Menyimpan
apa-apa keluaran tembakau atau rokok sebanyak 200 batang atau lebih.

LKTN melengkapkan kelompongan penguatkuasaan dalam rantaian nilai (value chain) di peringkat pengedaran rokok dan tembakau berdasarkan seksyen 39(1), 39(2), 51 dan 52 Akta LKTN dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (Pelesenan Tembakau Dan Keluaran Tembakau) 2011.

Di bawah Seksyen 54 Akta LKTN, Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan melibatkan aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan.

Fi yang dikenakan mulai 2022 adalah seperti berikut :
i. Lesen mengawet tembakau (RM50)
ii. Lesen membeli tembakau diawet (Pemanas RM300) (lain-lain RM100)
iii. Lesen mengilang tembakau (RM300)
iv. Lesen mengadun tembakau (RM150)

Manakala lesen berikut :
v. Lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau (RM150) fi dikecualikan sehingga tahun 2023

Bagi tujuan hebahan dan penerangan LKTN telah menghubungi syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengemukakan permohonan.

Pemohon juga boleh menghubungi pejabat LKTN atau melayari portal pelesenan melalui :
https://pelesenan.lktn.gov.my/utama.php

Bagi memudahkan proses permohonan lesen, LKTN juga menyediakan kemudahan berikut:
I. Kaunter bergerak
II. Program Outreach (Program di lapangan)

Tindakan boleh dikenakan di bawah seksyen 39(5) Akta LKTN. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.